-->
.

Saturday, April 12, 2014

Tamat.

Pengakhiran yang tak pernah diduga. Siapa yang mahu?
Pengorbanan yang tiada balasan. Siapa yang pinta?
Tapi, bukan balasan yang diminta. Cukuplah secebis perhatian.
Kala diri ditimpa musibah, hanya pada-Mu Ya Rabb untuk ku hamparkan segalanya.

Aku sedar kekurangan diri ini. Aku sedar aku tidak punya apa apa.
Taktala mereka gembira bersama kehidupan mereka, 
Aku pula merangkak mencari sinar baru untuk kehidupanku.
Ya Rabb, sesungguhnya, mampukah aku Ya Rabb?

Dugaan demi dugaan membuatkan aku lebih tabah,
Lebih matang untuk mengharungi hidup ini.
Walaupun hakikatnya, semuanya tak seindah yang diimpikan.
Aku hilang segalanya. Aku hilang punca, hilang arah.

Ya Rabb, 
Permudahkanlah urusan ku selepas ini.
Berilah sinar bahagia untukku Ya Rabb.

Amin



Thank you for reading ( :

Posted by ceritera ouhhmiera at 9:25 PM 1 Kalau anda rajin , komen sini ( :
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, March 11, 2014

Hancur retak

Jika kamu tanya apa yang aku rasa sekarang, aku pasti jawab 'apa guna aku hidup sedangkan orang yang sepatutnya melindungiku tidak perlukan aku lagi'. 
Berat, memang benar! Sangat berat! Aku seperti hilang seluruh jasad dan nyawaku. Jika hari ini orang orang sekeliling memandang kami sinis, aku tak peduli. Di benak fikiranku, aku cuma mahukan hidupku yang sebelum. Tapi mana mungkin itu semua akan terjadi. Bila ditanya tentang redha, bukan aku tak redha. Tapi untuk menghadapinya, Allah :( Tuhan je yang tahu. 
Entah laa. Mungkin setakat ini perjuangan aku untuk sebuah keluarga. Aku pasrah dengan ketentuan Mu Ya Rabb. Andai ini jalan untuk hidupku, aku redha. 

Thank you for reading ( :

Posted by ceritera ouhhmiera at 3:41 PM 0 Kalau anda rajin , komen sini ( :
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, February 18, 2014

Sebelum pejam mata .

Hati .
Semacam tiada makna
Sendiri hilang punca. Mungkin sebab perasaan yang tak tentu hala.
Bukan tak pernah cuba bertahan, tapi entah mengapa terkadang melatah.

Kawan.
Bukan semuanya ikhlas.
Mencari posisi diri. Kau datang bila perlu. Hilang bila melayan perasaan sendiri.
Jangan cuba patah balik jika kau tak perlu seorang teman.

Buah hati.
Jangan cuba cerita setia jika sendiri tak kenal erti setia.
Kalau bisa semua yang terjadi diwayangkan, pasti jelas.
Bukan balasan yang dipinta sebab aku sedar diri hanya menumpang.

Pemimpinku.
Syukur ke atas rahmat Illahi untuk perubahan ini.
Semoga istiqomah terus mendapingimu.

Pendorongku.
Memang jelas aku tak layak dipanggil anak.
Maafkan segala salah silap ini.

Dunia.
Aku bukan khalifah terbaik.
Sering melakukan kekhilafan.



Thank you for reading ( :

Posted by ceritera ouhhmiera at 5:46 PM 0 Kalau anda rajin , komen sini ( :
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, December 8, 2013

Rindu .

Biar gelap malam jadi saksi
Biar laksana bulan jadi peneman

Hadirmu ke ruang hidupku tak pernah di duga sama sekali
Kau muncul dengan seribu satu keindahan
Kau datang dengan penuh senyuman dan gelak tawa
Aku sering alpa tentang satu itu
Utusan untukku ..

Detik demi detik
Hari demi hari
Baru ku sedar, kau punya semuanya
Tapi aku tamak, duniawi membatasi segalanya

Hari ini, perasaan itu datang kembali kepadaku
Ketika ini jasad kita sedang jauh berbatu
Mungkin ini suratan.
Aku pasrah
Tapi untuk berjauhan dengan mu sekali lagi, aku bantah !

Satu demi satu perasaan bermacam intonasi datang hinggap ke dadaku
Imaginasi terus mencari satu persatu babak
Di mana ? Ke mana ? Bagaimana ?
Aku gagal sekali lagi !

Ya Rabb,
Baru ku tahu erti kerinduan sebenar
Baru ku tahu erti kasih sayang sebenar
Tunjukkan padaku kebenarannya
Ku butuh dia di setiap ruang nafasku

Imaginasi ,
Ouhh Miera

Thank you for reading ( :

Posted by ceritera ouhhmiera at 12:27 PM 1 Kalau anda rajin , komen sini ( :
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, August 7, 2013

Selamat Tinggal Ramadhan, Selamat Datang Syawal .

Assalamualaikum w.b.t

1st of all, maaf lah duhai blog tersayang sbb lately ni sgt2 laa bz ngan life yg tak tahu nak dikategorikan mcm mana lagi. Mmg ada niat nak bukak blog ni, tp disebabkan kekangan masa yang menjadi punca. Rindu ngan kawan2 blogger yang lain :(

Btw, here I just want to wish tahniah kepada semua umat Islam sebab dah bejaya menjalankan puasa di bulan Ramdhan dengan jayanya. Semoga Ramadhan yang kite lalui banyak membawa keberkatan kepada kita semua. And now, Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat islam. Dah tiba masanya kite meraikan kejayaan kite di bulan puasa yang dah kite tunaikan. 

Maaf zahir & batin kepada semua andai pernah terkasar bahasa, terguris mana yang terkene dan sebagainya. Halalkan makan minum, apa yang dah terpakai, terguna dan terambil. Especially to my mum, my dad, little brother, sister, priority, girlfrend, ex housemate, ex classmate, rakan seangkatan di tempat kerja and all :)

Fyi, esok nak raya and today I'm still at office until 11.30 pm this night. Its so heaven okayyy! 

Byee, salam :)

Thank you for reading ( :

Posted by ceritera ouhhmiera at 11:41 AM 1 Kalau anda rajin , komen sini ( :
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, May 31, 2013

Luahan Hati.

Assalamualaikum w.b.t

Pertamanya aku nak cakap kejap je kan dah end of May. Sejak-sejak ni masa cepat betul berlalu. And kejap je nak masuk June. Masuk June bermakna umur aku pulak makin bertambah. Syukur sebab diberi peluang untuk bernafas sehingga kini (:

Tah untuk yang ke berapa kali tah aku nak luahkan pasal hati. Haha. Kalau boleh hari-hari nak update entry pasal luahan hati ni. Pun boleh mcm tu kan? Haha. Ok la, back to normal. Sekarang ni aku rasa dak rihan dah sampai ke Batu Pahat. Rasenye la. Sebab senyap je. Tak kan la Kota-BP sampai 4 jam. Ye dak? Haha. Ok gurau. Btw, before terlupa. Nak wish SELAMAT PENGANTIN BARU untuk Firdaus (Pear) ngan Sis Iza. Act Pear ni jiran mase aku study dulu. 1st time jumpe Sis Iza ni pun mase E-Day dia last year. Semoga kekal until Jannah, dapat baby comel-comel macam mereka :) 

Ok, dah jauh menyimpang dari tajuk ni. K k, back to normal again, hehe. Entry ni act aku nak luahkan perasaan aku sebab kerja skg ni. Hm. Sometime aku terfikir, mcm mna la aku nk survive dengan kerja mcm org lain. Kenapa orang lain boleh survive dgn kerja diorg sampai bertahun-tahun ek? Konpius japp la. Hm. Until today, aku dah try to survive dengan kerja yang skg ni selama 8 bulan ok, 8 bulannn!! Haha. Ini lama ok pada aku. Even org lain ckp, ekeleyyy, baru 8 bulan je? Kat sini ada yang kerja dah 20 tahun uolsss!! Mcm mana la diorg boleh tahan dengan gaji yang mcm ni, tekanan kerja yang mcm gunung berapi, ohhh tidakkkkkkk! Hm, InshaAllah, ad rezeki tempat lain, aku pun nak berenti gak la. Bukan apa, aku sayang dengan kerja aku. Tapi aku tak tahan dengan tekanan suhu gunung berapi yanggg omaiiiiiii, sangat terlampau dan melampau ok. Kerja untuk satu department tapiiii, ada cum tu cum ni. Hm. Bukan la nak cakap aku berkire, tapi sometime depa ni tak tanye aku before mintak tolong yang aku ada keje ke tak. Oiii, aku nye keje banyak oii. Tapi tak penah lak aku mintak tolong department lain buatkan? A'a, tak penahh oiii! Barangkali kalau aku mintak tolong mungkin uollsss tak kan tegur aku sampai kiamat kot. Haha.Ok gurau. Cek nak habaq ni, selagi cek boleh tahan, cek tahann naa dengan loghat depa-depa ni :)

Hm. Cukup panjang tak aku luahkan apa yang terbuku ni? Haha. Nak habaq ni pengalaman memalukan pluss sadis pluss blur aku sejak keje. Pernah tu aku tersedu-sedu nangis depan manager sebab dah sampai tahap tak boleh bla la tu. Haha. Memalukan ok. And then kan, kat sini bukan setakat ada gangguan mental, gangguan dari yang tak sepatutnye pun ada. Ok, mintak dijauhkan. Hmm. Saba je la.

Ok la, penat nak taip lagi. Ni dah ada gangguan kene paksa pulak. Hm. Hari ni je dah masuk 3 kali aku kene panggil dek staff lain sebab mesin photostet tu rosak. Oii, aku bukan mantainence oiiiii! Hm, saba je la.

Ok, thank you sebab sudi baca bebelan aku ni. Hihi. Bye :)

Assalamualaikum .


Thank you for reading ( :

Posted by ceritera ouhhmiera at 12:36 PM 0 Kalau anda rajin , komen sini ( :
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, May 13, 2013

Ahhh !


Lupakan apa yang telah jadi
Sedarlah dan bangkitlah segera

Janji dunia kini hanya seperti angin lalu
Biarkan, lepaskan
Jangan di harap dengan janji yang ditabur

Relakan ia
Biarkan ia bebas

Selamat tinggal !

Thank you for reading ( :

Posted by ceritera ouhhmiera at 11:06 AM 0 Kalau anda rajin , komen sini ( :
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
 orang kenyit kenyit mata ( :

welcome sayangg ( :

Free Web Counter
Free Web Counter

MUKA BUKU SAYA ( :

Ouhh Miera

Create Your Badge

i love you more ( :

Daisypath Anniversary tickers

Pages

  • miera here !

kawan saya ( :

sini jap ( :

Ceritera Ouhhmiera ( :

  • ▼  2014 (3)
    • ▼  April (1)
      • Tamat.
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2013 (16)
    • ►  December (1)
    • ►  August (1)
    • ►  May (4)
    • ►  April (1)
    • ►  March (4)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2012 (23)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (3)
    • ►  June (4)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (138)
    • ►  December (15)
    • ►  November (24)
    • ►  October (29)
    • ►  September (27)
    • ►  August (19)
    • ►  July (5)
    • ►  June (10)
    • ►  May (1)
    • ►  April (8)
  • ►  2010 (5)
    • ►  November (3)
    • ►  October (2)



Gratisan Musik
Simple theme. Powered by Blogger.