Dugaan dan tanggungjawab .
Mungkin saat ini rodaku di bawah .
Tidak mengapa .
Lumrah kehidupan .
Aku cuba untuk jadi berani .
Aku cuba untuk lenyapkan rasa jahat dalam hati ini .
Aku cuba untuk mengawal segala perasaan yang ada .
Dan aku cuba untuk tidak menangis lagi .
Kotak pemikiranku penuh .
Penuh dengan segala persoalan yang tiada jawapan .
Sampai bila ia harus berakhir ?
Kerisauan ,
Aku akan cuba kawal segalanya .
Tapi bukan sebab itu ,
Bagaimana jika aku tiada ?
Apa akan jadi padanya jika aku yang pergi dulu ?
Ya Tuhan ,
Bantulah aku .
Walau ku tahu , dia bukan seorang yang lemah !
Walau ku tahu , dia bukan seorang yang mudah berputus asa !
Tiada kudrat selain ku yang akan terus memahami jiwa nya .
Jiwa wanita itu sangat suci Ya Allah .
Tapi dugaan demi dugaan terus datang padanya .
Permudahkanlah segala urusannya Ya Allah .
Bantulah ia , jangan kau jauhi dia Ya Allah .
Untuk diriku ,
Tabahkan hati ku Ya Allah .
Satu persatu ia datang ,
Bukan aku mengeluh ,
Aku keseorangan .
Mana dia ?
Aku buntu .
Sunyi .
Sepi .
Buat sang hati ,
Sabar , tenang .
Aku pasti , segalanya akan kembali pulih .
Bertahan lahh wahai hati ,
Aku tak mahu dia keseorang nanti .
Kau kuatkan lah aku .
Kau kuatkan lah aku .
Untuk semua ini .
Dugaan & tanggungjawab ,
Ouhh miera
jadilah setabah
ReplyDeletesetabah siti khadijah.
# ain dzaya :
ReplyDeleteInsyaALLAH :)