Assalamualaikum w.b.t
Buat keberapa kalinya perasaan macam ni datang pada saya. Entah lah, sampai bila-bila kalau ia tetap ada, semua ni tak kan ke mana-mana. Berubah! Ya, itu jalan penyelesaian nya. Tapi untuk berubah, bukan mudah. Banyak yang harus ditepis, dihakis dan dikikis satu-persatu. Hum. Entah lah, saya semakin buntu dan buntu.
Masalah. Ia tak kan pernah lari dari fitrah hidup manusia. Musibah. Tetap akan datang suatu masa. Yang perlu ada, kekuatan hati. Tapi persoalannya, sejauh mana kita sebagai manusia biasa yang lemah ni mampu menghadapi pelbagai masalah dalam satu masa?
Baiklah. Saya, mengakui bahawasanya saya seringkali khilaf. Entahlah, mungkin sebab jiwa remaja dan muda yang melonjak-lonjak ini. Tetapi sampai bila? Sampai bila saya harus begini dan begini? Saya akui, saya kurang yakin dengan diri saya sendiri. Kadangkala lupa siapa saya. Ohh dasyat! Masya-Allah! Tapi, apa sebenarnya yang saya mahu dalam hidup saya ni?
Persoalan demi persoalan datang menerpa sehingga pada satu tahap kita boleh berubah. Tapi, mampukah kita bertahan dengan perubahan drastik yang kita lakukan secara mendadak sebegitu? Kita manusia biasa. Siapa yang tak mahu hidup bahgia dunia akhirat bukan. Begitu juga saya. Tapi, saya tak mampu untuk menjadi seperti yang saya mahu.
Walaubagaimanapun, saya akan mencuba sebaik yang mungkin.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment
# tinggalkan komen anda di sini . thanks ( :