-->
.

Sunday, December 8, 2013

Rindu .

Biar gelap malam jadi saksi
Biar laksana bulan jadi peneman

Hadirmu ke ruang hidupku tak pernah di duga sama sekali
Kau muncul dengan seribu satu keindahan
Kau datang dengan penuh senyuman dan gelak tawa
Aku sering alpa tentang satu itu
Utusan untukku ..

Detik demi detik
Hari demi hari
Baru ku sedar, kau punya semuanya
Tapi aku tamak, duniawi membatasi segalanya

Hari ini, perasaan itu datang kembali kepadaku
Ketika ini jasad kita sedang jauh berbatu
Mungkin ini suratan.
Aku pasrah
Tapi untuk berjauhan dengan mu sekali lagi, aku bantah !

Satu demi satu perasaan bermacam intonasi datang hinggap ke dadaku
Imaginasi terus mencari satu persatu babak
Di mana ? Ke mana ? Bagaimana ?
Aku gagal sekali lagi !

Ya Rabb,
Baru ku tahu erti kerinduan sebenar
Baru ku tahu erti kasih sayang sebenar
Tunjukkan padaku kebenarannya
Ku butuh dia di setiap ruang nafasku

Imaginasi ,
Ouhh Miera

Thank you for reading ( :

Posted by ceritera ouhhmiera at 12:27 PM 1 Kalau anda rajin , komen sini ( :
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, August 7, 2013

Selamat Tinggal Ramadhan, Selamat Datang Syawal .

Assalamualaikum w.b.t

1st of all, maaf lah duhai blog tersayang sbb lately ni sgt2 laa bz ngan life yg tak tahu nak dikategorikan mcm mana lagi. Mmg ada niat nak bukak blog ni, tp disebabkan kekangan masa yang menjadi punca. Rindu ngan kawan2 blogger yang lain :(

Btw, here I just want to wish tahniah kepada semua umat Islam sebab dah bejaya menjalankan puasa di bulan Ramdhan dengan jayanya. Semoga Ramadhan yang kite lalui banyak membawa keberkatan kepada kita semua. And now, Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat islam. Dah tiba masanya kite meraikan kejayaan kite di bulan puasa yang dah kite tunaikan. 

Maaf zahir & batin kepada semua andai pernah terkasar bahasa, terguris mana yang terkene dan sebagainya. Halalkan makan minum, apa yang dah terpakai, terguna dan terambil. Especially to my mum, my dad, little brother, sister, priority, girlfrend, ex housemate, ex classmate, rakan seangkatan di tempat kerja and all :)

Fyi, esok nak raya and today I'm still at office until 11.30 pm this night. Its so heaven okayyy! 

Byee, salam :)

Thank you for reading ( :

Posted by ceritera ouhhmiera at 11:41 AM 1 Kalau anda rajin , komen sini ( :
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, May 31, 2013

Luahan Hati.

Assalamualaikum w.b.t

Pertamanya aku nak cakap kejap je kan dah end of May. Sejak-sejak ni masa cepat betul berlalu. And kejap je nak masuk June. Masuk June bermakna umur aku pulak makin bertambah. Syukur sebab diberi peluang untuk bernafas sehingga kini (:

Tah untuk yang ke berapa kali tah aku nak luahkan pasal hati. Haha. Kalau boleh hari-hari nak update entry pasal luahan hati ni. Pun boleh mcm tu kan? Haha. Ok la, back to normal. Sekarang ni aku rasa dak rihan dah sampai ke Batu Pahat. Rasenye la. Sebab senyap je. Tak kan la Kota-BP sampai 4 jam. Ye dak? Haha. Ok gurau. Btw, before terlupa. Nak wish SELAMAT PENGANTIN BARU untuk Firdaus (Pear) ngan Sis Iza. Act Pear ni jiran mase aku study dulu. 1st time jumpe Sis Iza ni pun mase E-Day dia last year. Semoga kekal until Jannah, dapat baby comel-comel macam mereka :) 

Ok, dah jauh menyimpang dari tajuk ni. K k, back to normal again, hehe. Entry ni act aku nak luahkan perasaan aku sebab kerja skg ni. Hm. Sometime aku terfikir, mcm mna la aku nk survive dengan kerja mcm org lain. Kenapa orang lain boleh survive dgn kerja diorg sampai bertahun-tahun ek? Konpius japp la. Hm. Until today, aku dah try to survive dengan kerja yang skg ni selama 8 bulan ok, 8 bulannn!! Haha. Ini lama ok pada aku. Even org lain ckp, ekeleyyy, baru 8 bulan je? Kat sini ada yang kerja dah 20 tahun uolsss!! Mcm mana la diorg boleh tahan dengan gaji yang mcm ni, tekanan kerja yang mcm gunung berapi, ohhh tidakkkkkkk! Hm, InshaAllah, ad rezeki tempat lain, aku pun nak berenti gak la. Bukan apa, aku sayang dengan kerja aku. Tapi aku tak tahan dengan tekanan suhu gunung berapi yanggg omaiiiiiii, sangat terlampau dan melampau ok. Kerja untuk satu department tapiiii, ada cum tu cum ni. Hm. Bukan la nak cakap aku berkire, tapi sometime depa ni tak tanye aku before mintak tolong yang aku ada keje ke tak. Oiii, aku nye keje banyak oii. Tapi tak penah lak aku mintak tolong department lain buatkan? A'a, tak penahh oiii! Barangkali kalau aku mintak tolong mungkin uollsss tak kan tegur aku sampai kiamat kot. Haha.Ok gurau. Cek nak habaq ni, selagi cek boleh tahan, cek tahann naa dengan loghat depa-depa ni :)

Hm. Cukup panjang tak aku luahkan apa yang terbuku ni? Haha. Nak habaq ni pengalaman memalukan pluss sadis pluss blur aku sejak keje. Pernah tu aku tersedu-sedu nangis depan manager sebab dah sampai tahap tak boleh bla la tu. Haha. Memalukan ok. And then kan, kat sini bukan setakat ada gangguan mental, gangguan dari yang tak sepatutnye pun ada. Ok, mintak dijauhkan. Hmm. Saba je la.

Ok la, penat nak taip lagi. Ni dah ada gangguan kene paksa pulak. Hm. Hari ni je dah masuk 3 kali aku kene panggil dek staff lain sebab mesin photostet tu rosak. Oii, aku bukan mantainence oiiiii! Hm, saba je la.

Ok, thank you sebab sudi baca bebelan aku ni. Hihi. Bye :)

Assalamualaikum .


Thank you for reading ( :

Posted by ceritera ouhhmiera at 12:36 PM 0 Kalau anda rajin , komen sini ( :
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, May 13, 2013

Ahhh !


Lupakan apa yang telah jadi
Sedarlah dan bangkitlah segera

Janji dunia kini hanya seperti angin lalu
Biarkan, lepaskan
Jangan di harap dengan janji yang ditabur

Relakan ia
Biarkan ia bebas

Selamat tinggal !

Thank you for reading ( :

Posted by ceritera ouhhmiera at 11:06 AM 0 Kalau anda rajin , komen sini ( :
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, May 7, 2013

Hypocrite :)

Assalamualaikum w.b.t.

My beloved friends. Beloved? Ohhhmyyy, i dont know it suitable or not. Hmm hmmm. Susah laa nak cari kawan yang betul-betul jujur depan and belakang. I means, bukan takde. Ada, tp tak semua mcm tu. It include my own self. Aku tak cakap aku cukup perfect. Hmm. 

Tapi cukup lah, depan tak hypocrite. Kalau awak betul-betul tak jujur kawan dengan someone tu, jangan lah paksa diri awak berbuat baik di hadapan orang tu. Mesti ke depan aku kau cakap yeye, nangis-nangis bagai minta dikasihan, tapi belakang cakap pasal aku?

Kesimpulannya sekarang, MAAF, SAYA TAK PERCAYAKAN AKAK ! Haha. Buatlah baik mana depan saya, saya rasa saya silap besar menilai akak. Nangislah tersedu-sedu sekalipun macam akak buat before ni, sikitpun saya tak percayakan akk :) 

Cukuplah kasihankan manusia lain, diri sendiri ada ke orang lain fikirkan? Haha. Renung-renungkan & selamat beramal :)

Thank you for reading ( :

Posted by ceritera ouhhmiera at 9:03 PM 0 Kalau anda rajin , komen sini ( :
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, May 5, 2013

Di mana keadilan?

Jika dulu aku yang kau puja
Jika dulu aku yang kau rindu
Jika dulu aku yang kau sayang
Mengapa? 
Mengapa ianya hanya seketika?

Walaupun aku hanya seorang perempuan
Aku punya hati dan perasaan
Yang harus kau mengerti
Yang harus kau hormati

Sayang
Tiada lain yang ku pinta darimu
Berilah aku secebis kebahgiaan dan kegembiraan
Walaupun bukan untuk diriku
Ingatlah sayang
Kau masih punya dua keping hati kecil
Kau masih punya dua wajah yang memerlukanmu
Kau masih punya dua tawa yang boleh membahgiakanmu

Sayang
Jika kehadiran diri ini hanya untuk seketika buatmu
Kau relakanlah kepergiaanku
Kau lepaskanlah ku dengan tenang
Ku pohon padamu
Doakan yang terbaik untukku
Di sini dan di sana kelak

Janji untuk diriku suatu ketika dulu
Bersamamu bukan untuk semantara waktu
Bersamamu bukan untuk seketika ini
Ku mengharap dengan hati yang kudus
Hingga ke Jannah yang abadi

Doaku suatu ketika dulu
Ku ingat mengecap bahgia bersama mu
Ku ingat mengecap bahgia bersama zuriatmu
Ketawa, sedih, suka, duka
Ku ingin harungi bersamamu

Andai ini suratan takdir
Aku terima dengan hati yang redha
Walaupun untuk menempuhnya adalah suatu beban buatku
Aku pasrah
Aku redha

Maafkan aku untuk segalanya
Setakat ini syurga kebahgiaan yang mampu ku beri untukmu
Redhakan dan relakan segalanya.



Buatmu teman,
Ouhh Miera







Thank you for reading ( :

Posted by ceritera ouhhmiera at 4:36 PM 0 Kalau anda rajin , komen sini ( :
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, April 14, 2013

Convo :)

Assalamualaikum w.b.t

Dear readers, seriously today is so boringgg! Sebab apa, setelah seminggu bercuti and today kene naik keje! Ohh My God! Seriously, takde hati terus nak keje. Hmm. Ape la kan.

Ni nak habaq ni, last week cuti seminggu tu sebab 9hb April is my convocation day! Haha. Actually tak la se excited mana pun nak convo. Excited sebab nak jumpa housemate, classmate and segala mate la kan. Haha. Alhamdulillah, tercapai semua tu. Even kejap je pun. Hmm. Actually, banyak yang buat aku ralat sampai sekarang. Mana tak nye, kejap gile rase mase bergerak :( Insyaallah one day we will meet again ya!
7hb tu aku dah gerak with fana. Excited sebab nak kenekan si pendek. Haha. Gurau okay! Petang around 4 pm like that we arrived and pick up Hany at bustand. Then terus check in. Barang-barang my God, banyak gile! Haha. Siap-siap for hang out. Actually bukan nak hang out sangat. Perut tu lapauuu gile. Since pagi tu gerak dgn tak makan. Sampai tahap tak tahan Fana ajak drive thru je. Okay, drive sambil makan. Haha. Sangat hodoh ok! Before makan tu we going to Aeon Tebrau. Nak pergi Toys sebab nak cari present for Haikal, Uwais and Akmal. Then terus pergi Kak Yati's house! Yeahh! Finally! Miss them a lot! Huh! After that send Fana and Hany to Aeon balik sebab nak tunggu Sila pick up mereke and me with Rihan going to pick up abg dia. Kak Ina dah nak hampir ke due! Hehe. Tambah sorg lagi.

After send her brother at Setia Tropika, we terus gerak at Stulang. Hm. Best sebab dapat gathering sesama! Jalan-jalan and balik la. Esok ada raptai for convo! Err, so penat okay! Start from 10 am we daftar and balik and come again at 1.45 pm. End at around 4 like that la sebab we lincah2 dapatkan jubah tu. Balik and waiting my lover balik kerja. Fana and hany going first with Cyah. Me and Sila pick up Rihan and going to Jusco Permas. Nak beli present for Tasha birthday pulak. Haha. Ramai betul anak sedara. Waiting Sila's bf and together going to Johor Jaya. Nasi ayam penyet for dinner. After that going to Pasar Karat, cari barang sikit. We jalan-jalan lagi and apa lagi, balik la tidur. Esok our days! Haha. Slumber je kan kami. And paling best pagi tu me bangun lambat! Haha. 6.30 am wei! 7.00 am dah kene ada. My God! My parents come 1st than me. Teruk betul! Haha. So far, Alhamdulillah. Everything berjalan dengan lancar. Me got flowers from my parent. Thanks mum and dad! 9th April, me offically graduated! Haha. Terus gerak rumah Kak Yati and happy ending.

Penat nak taip. Boss ni datang pulak! Haha. Okay la. See u later! Fana, Sila, Hany... I miss all the moment with u all. Also classmate, DUP6A!

Sekian.


Thank you for reading ( :

Posted by ceritera ouhhmiera at 12:03 PM 3 Kalau anda rajin , komen sini ( :
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, March 22, 2013

Terbukti Kini

Kalau sebelum ini kau cukup aku percaya, dengan sekelip mata, kepercayaan pada kau berubah sama sekali. Sedarkah kau tentang kehidupan kau sebenar? Cukuplah menjadi talam selama ini. Aku tahu siapa aku, aku tahu di mana kekurangan aku, aku sedar, aku manusia biasa seperti orang lain. Punya hati dan perasaan. Sekadar renungan, apakah kau rasa kau punya kelebihan yang terlalu luar biasa? Rasa hormat aku pada kau lenyap sekelip mata. Manusia, manusia. Hari ini kau berjaya menjadi pelakon layan terbaik di depan semua orang, tapi sedarkah kau bahawa hidup ini umpama roda? Sekejap di atas, sekejap di bawah? Jika kau punya segalanya, jika kau rasa kau cukup sempurna, tahniah dariku. Tapi, jika kau rasa kau dah berjaya menjatuhkan aku, aku cukup kesal bertemu dengan kau wahai sahabat. Mungkinkah kau lupa segala apa yang telah terjadi sebelum ini? Mungkin juga kau mudah melupakan tentang perkara lain. Aib, bukan sesuatu untuk dijaja ke sana sini. Tetapi, Alhamdulillah sebab kesedaran telahpun sampai di saat-saat ini. Terima kasih sahabat, terima kasih dunia akhirat kakak!
Thank you for reading ( :

Posted by ceritera ouhhmiera at 5:20 PM 0 Kalau anda rajin , komen sini ( :
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, March 19, 2013

Sedarlah diri!

Ini bukan suatu penghinaan, tapi inilah realiti untuk diri kau. Sila pastikan apa yang keluar dari mulut kau, telahpun kau tapis dan lihat sendiri apa yang ada pada diri kau. Manusia, manusia. Kau punya akal dan kau punya minda untuk berfikir. Kau juga mempunyai pengalaman hidup yang lebih lama dari aku. Tapi mengapa kau seperti kanak-kanak? Aku dapat rasakan bahawa kanak-kanak pun boleh berfikir dengan baik jika berbanding diri kau. Cukup-cukuplah menabur fitnah di sana sini. Kita sama-sama manusia. Aku tak cakap aku cukup sempurna, aku juga manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan salah dan silap. Tapi, aku punya hati dan pendirian. Aku tak perlukan pihak lain untuk pertahankan diri aku. Sedarlah!
Thank you for reading ( :

Posted by ceritera ouhhmiera at 9:34 PM 0 Kalau anda rajin , komen sini ( :
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, March 14, 2013

Yakin!

Jika sebelum ini apa yang aku katakan lahir dari hati, tapi ternyata sikapku untuk mengalah itu suatu kesalahan besar! Ternyata besar! Bukan itu yang patut aku lakukan. Aku yakin. Jika benar aku lakukan, maka aku tewas! Tewas dengan syaitan-syaitan ini.

Maka dengan ini, aku menarik segala apa yang aku katakan. Dan jika benar aku lakukan perkara itu suatu masa nanti, akan ku pastikan ianya bukan kerana dalam keadaan yang sama. Tapi pabila seruku sudah tiba.

:)
Thank you for reading ( :

Posted by ceritera ouhhmiera at 9:24 PM 0 Kalau anda rajin , komen sini ( :
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, March 11, 2013

Hukum

Jika ini hukuman dari apa yang aku sanggup tanggung, aku redha. Tapi kekuatan yang aku ada tak cukup banyak. Cukuplah setakat ini. Bukan mengalah sebelum masa, tapi aku tidak mampu lagi untuk bertahan. Aku juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan seperti kalian. Salahkah apa yang aku lakukan? Ia tanggungjawab yang telah diamanahkan untuk ku. Apalah erti nya jika aku sekadar mendiamkan diri? Sekeping hati yang ku miliki bukanlah terlalu utuh dengan segala penghinaan dan cacian.

Buat kalian, jika kalian rasa sudah puas dengan apa yang berlaku, ucapan tahniah dariku. Ingatlah, apa yang berlaku padaku, mungkin suatu kemenangan besar buat kalian. Tapi, Tuhan tetap ada. Aku bukan seorang yang kuat. Aku lemah hakikatnya. Aku bukan yang terbaik. Aku jahil hakikatnya. Terima kasih kerana menyedarkan aku.

Di sini, kenangan paling pahit telah ku tempuh. Aku menyerah bukan aku mengalah, aku pasrah kerana kekuatan ku mampu bertahan setakat ini sahaja.
Thank you for reading ( :

Posted by ceritera ouhhmiera at 12:50 PM 0 Kalau anda rajin , komen sini ( :
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, February 25, 2013

Manusia

Saya manusia biasa
Yang tak lepas dari melakukan salah dan silap
Begitu juga awak
Jika benar itu kebenaran yang harus kita terima
Redha kan lah ia.

Tapi ambil la sedikit masa untuk merenung 
Apakah hikmah di sebalik semua itu
Yang pasti, apa yang berlaku punya maksud tersendiri.

Jangan mudah menyalahkan orang lain jika kita sendiri tak reti cermin diri kita
Ingatlah, semua orang tak kan lepas dari melakukan kesilapan
Selamat ya!

Thank you for reading ( :

Posted by ceritera ouhhmiera at 2:47 PM 0 Kalau anda rajin , komen sini ( :
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, January 21, 2013

Serba tak kena.

Yang zahirnya nampak tenang, nampak gembira, belum tentu ia bahgia. Hakikatnya, hanya Tuhan dan dirinya saja yang tahu. Entahlah, mungkin keadaan yang menjadikan dirinya sebegini. Tetapi baginya, dia tak patut untuk meluahkan apa yang ia rasa. Kepada Tuhan, dia sujud penuh harap agar Kau mengerti apa yang terpahat dihatinya. Dengan rasa rendah diri, dia mengharap sepenuh pertolongan dari-Mu. 

Kuatkan hatinya. Tenangkan jiwanya. Jauhkan ia dari sebarang kemungkaran. Teguhkan imannya. Jadikan dia hamba Mu yang taat pada perintah Mu. Semoga dia tetap teguh di jalan Mu Ya Allah. 

Sekian.

Thank you for reading ( :

Posted by ceritera ouhhmiera at 5:02 PM 0 Kalau anda rajin , komen sini ( :
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, January 9, 2013

Jika..

Jika aku seorang doktor,
Akan ku khabarkan pada semua orang kampungku.

Jika aku seorang guru,
Akan ku hebohkan pada daerahku.

Jika aku seorang profesor,
Aku ku jaja ke serata dunia.

Mungkin kerana itu aku sebegini.
Maafkan ku kerana tidak mampu jadi sepertimana yang kalian inginkan.
Aku seorang manusia yang lemah.
Perlukan kekuatan untuk terus hidup.

Sekali lagi,
Maakan ku.

Thank you for reading ( :

Posted by ceritera ouhhmiera at 10:19 PM 0 Kalau anda rajin , komen sini ( :
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Hormat !

Jangan sampai saya hilang rasa hormat pada anda.
Sekali dua mungkin saya boleh bertahan.
Tapi ingat, walaupun saya jauh lebih muda dari anda,
Saya tetap ada hak saya untuk mempertahankan mana yang benar.

Sekian.

Thank you for reading ( :

Posted by ceritera ouhhmiera at 12:56 PM 0 Kalau anda rajin , komen sini ( :
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, January 1, 2013

2013 :)

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua. Buat pertama kalinya untuk tahun 2013 ni, saya mengupdate entri ini. Hehe. Apa pun, selamat tinggal 2012 and selamat datang 2013 :) Semoga tahun ini membawa berjuta kebahgiaan buat kita semua. Amin, InsyaAllah :)

Untuk kesekian kalinya, pagi tahun baru ni, saya telah melakukan kesilapan besau iaitu datang lewat ke tempat kerja. Adehh. Apakah ini semua? Haha. As usual, setiap awal bulan, stock take bakal datang dalam hidup saya since bekerjaya ni. Ahaha. Dan buat kesekian kalinya, saya telah bangun tidur pada jam 7.00 am. Ya Allah. Kena masuk jam 7.00, tapi jam 7.00 baru bangun? Err. Siap-siap then terus keluar rumah. Sampai je dah jam 7.45 am. Ingatkan bernasib baik, sekali sama time ngan manager la pulak. Haha, nasib la manager saya sporting gegile u allssss :)

Tak mau nak stori panjang2. Just nak wish Happy New Year buat semua rakyat Malaysia and luar Malaysia. Hehe :) Wishlist sudah ada weii. Haha. Insyaallah dimakbulkan semuanya. Dan semoga proses untuk mendapatkan dan mencapai apa yang saya senaraikan dipermudahkan dengan lancar. Amin Ya Allah :)

Sekian, terima kasih.

Thank you for reading ( :

Posted by ceritera ouhhmiera at 9:34 PM 0 Kalau anda rajin , komen sini ( :
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
 orang kenyit kenyit mata ( :

welcome sayangg ( :

Free Web Counter
Free Web Counter

MUKA BUKU SAYA ( :

Ouhh Miera

Create Your Badge

i love you more ( :

Daisypath Anniversary tickers

Pages

  • miera here !

kawan saya ( :

sini jap ( :

Ceritera Ouhhmiera ( :

  • ►  2014 (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ▼  2013 (16)
    • ▼  December (1)
      • Rindu .
    • ►  August (1)
      • Selamat Tinggal Ramadhan, Selamat Datang Syawal .
    • ►  May (4)
      • Luahan Hati.
      • Ahhh !
      • Hypocrite :)
      • Di mana keadilan?
    • ►  April (1)
      • Convo :)
    • ►  March (4)
      • Terbukti Kini
      • Sedarlah diri!
      • Yakin!
      • Hukum
    • ►  February (1)
      • Manusia
    • ►  January (4)
      • Serba tak kena.
      • Jika..
      • Hormat !
      • 2013 :)
  • ►  2012 (23)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (3)
    • ►  June (4)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (138)
    • ►  December (15)
    • ►  November (24)
    • ►  October (29)
    • ►  September (27)
    • ►  August (19)
    • ►  July (5)
    • ►  June (10)
    • ►  May (1)
    • ►  April (8)
  • ►  2010 (5)
    • ►  November (3)
    • ►  October (2)



Gratisan Musik
Simple theme. Powered by Blogger.