Jika ini hukuman dari apa yang aku sanggup tanggung, aku redha. Tapi kekuatan yang aku ada tak cukup banyak. Cukuplah setakat ini. Bukan mengalah sebelum masa, tapi aku tidak mampu lagi untuk bertahan. Aku juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan seperti kalian. Salahkah apa yang aku lakukan? Ia tanggungjawab yang telah diamanahkan untuk ku. Apalah erti nya jika aku sekadar mendiamkan diri? Sekeping hati yang ku miliki bukanlah terlalu utuh dengan segala penghinaan dan cacian.
Buat kalian, jika kalian rasa sudah puas dengan apa yang berlaku, ucapan tahniah dariku. Ingatlah, apa yang berlaku padaku, mungkin suatu kemenangan besar buat kalian. Tapi, Tuhan tetap ada. Aku bukan seorang yang kuat. Aku lemah hakikatnya. Aku bukan yang terbaik. Aku jahil hakikatnya. Terima kasih kerana menyedarkan aku.
Di sini, kenangan paling pahit telah ku tempuh. Aku menyerah bukan aku mengalah, aku pasrah kerana kekuatan ku mampu bertahan setakat ini sahaja.
Thank you for reading ( :
No comments:
Post a Comment
# tinggalkan komen anda di sini . thanks ( :