Wednesday, January 9, 2013

Hormat !

Jangan sampai saya hilang rasa hormat pada anda.
Sekali dua mungkin saya boleh bertahan.
Tapi ingat, walaupun saya jauh lebih muda dari anda,
Saya tetap ada hak saya untuk mempertahankan mana yang benar.

Sekian.

Thank you for reading ( :

Tuesday, January 1, 2013

2013 :)

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua. Buat pertama kalinya untuk tahun 2013 ni, saya mengupdate entri ini. Hehe. Apa pun, selamat tinggal 2012 and selamat datang 2013 :) Semoga tahun ini membawa berjuta kebahgiaan buat kita semua. Amin, InsyaAllah :)

Untuk kesekian kalinya, pagi tahun baru ni, saya telah melakukan kesilapan besau iaitu datang lewat ke tempat kerja. Adehh. Apakah ini semua? Haha. As usual, setiap awal bulan, stock take bakal datang dalam hidup saya since bekerjaya ni. Ahaha. Dan buat kesekian kalinya, saya telah bangun tidur pada jam 7.00 am. Ya Allah. Kena masuk jam 7.00, tapi jam 7.00 baru bangun? Err. Siap-siap then terus keluar rumah. Sampai je dah jam 7.45 am. Ingatkan bernasib baik, sekali sama time ngan manager la pulak. Haha, nasib la manager saya sporting gegile u allssss :)

Tak mau nak stori panjang2. Just nak wish Happy New Year buat semua rakyat Malaysia and luar Malaysia. Hehe :) Wishlist sudah ada weii. Haha. Insyaallah dimakbulkan semuanya. Dan semoga proses untuk mendapatkan dan mencapai apa yang saya senaraikan dipermudahkan dengan lancar. Amin Ya Allah :)

Sekian, terima kasih.

Thank you for reading ( :

Wednesday, December 26, 2012

Keliru.

Assalamualaikum w.b.t

Buat keberapa kalinya perasaan macam ni datang pada saya. Entah lah, sampai bila-bila kalau ia tetap ada, semua ni tak kan ke mana-mana. Berubah! Ya, itu jalan penyelesaian nya. Tapi untuk berubah, bukan mudah. Banyak yang harus ditepis, dihakis dan dikikis satu-persatu. Hum. Entah lah, saya semakin buntu dan buntu. 

Masalah. Ia tak kan pernah lari dari fitrah hidup manusia. Musibah. Tetap akan datang suatu masa. Yang perlu ada, kekuatan hati. Tapi persoalannya, sejauh mana kita sebagai manusia biasa yang lemah ni mampu menghadapi pelbagai masalah dalam satu masa? 

Baiklah. Saya, mengakui bahawasanya saya seringkali khilaf. Entahlah, mungkin sebab jiwa remaja dan muda yang melonjak-lonjak ini. Tetapi sampai bila? Sampai bila saya harus begini dan begini? Saya akui, saya kurang yakin dengan diri saya sendiri. Kadangkala lupa siapa saya. Ohh dasyat! Masya-Allah! Tapi, apa sebenarnya yang saya mahu dalam hidup saya ni? 

Persoalan demi persoalan datang menerpa sehingga pada satu tahap kita boleh berubah. Tapi, mampukah kita bertahan dengan perubahan drastik yang kita lakukan secara mendadak sebegitu? Kita manusia biasa. Siapa yang tak mahu hidup bahgia dunia akhirat bukan. Begitu juga saya. Tapi, saya tak mampu untuk menjadi seperti yang saya mahu.

Walaubagaimanapun, saya akan mencuba sebaik yang mungkin. 


Sekian, terima kasih.

Thank you for reading ( :

Saturday, December 15, 2012

Jangan!



Jangan berani berjanji kalau rase tak boleh nak tunaikan!
Jangan cakap besar kalau rase tak boleh nak tunjukkan!
Jangan bagi harapan kalau rase susah nak meteraikan! 

Saya tetap tunggu.




Thank you for reading ( :

Sunday, December 9, 2012

Wordless Sunday #1

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat hari ahad buat semua kawan-kawan blogger yang saya rinduu. Hehe. Cehhh! Sebeno nye saya dah rasa cukup boring bile kene keje on Sunday mcm ni. Err. Mana tak nya, bangla pun cuti taw hari Ahad. Saya pulok dok ofis siap kene ober time lagi. Err. Sadis u knoww. Dah la banyak department sume off on Sunday. Bestt laa awok-awok sekalian. Never mind la. Yang penting saya tetap ada kawan even keje on Sunday kan kan.

As usual la kan, bukan tak rajin nak update blog, tapi kan tapi kan, saya agak busy la. So nak tunggu cari mase yang bebetul free memang payah laa. Haha. Padahal tak update pun takpe. Bukan saya ni blogger femes punn. Hukhuk! Ok la, just want to share like usually la kan, of cus about life and what happen to my life right now. Nothing happen actually. Like before. But saya kena harus wajib la berubah sebab sedo tak sedo now dah December kan, maknanya next month dah January tahun baru. Ohh masa, cepatnya berlalu. Rasa macam baru je jejak kaki ke tahun 2012 ni, tup-tup dah nak tahun 2013. And selama itu jugaklah macam-macam dah jadi pada tahun 2012 ni. Tahun ni jugak la saya tamat belaja. Tahun ni jugak la saya berubah status dari student to workers. Keje pun makan gaji je. Sape yang tak nak ada keje yang elok kan. Actually keje skg ni pun dah elok, just keadaan je kot. Haha. Sory oullss. Dah belaja kan kita kena always memaafkan orang kalau nak cepat kawen. Hihi. 

Okayy, baik laa. Saya dah dapat satu pegangan bahawasanya saya akan cuba try test untuk memaafkan semua orang mulai sekarang. Yela kan, sebenarnya takde ruginya pun. Malah pahala beso kite bakal dapat. Last Friday, on 7th December hari tu saya follow my ibu with siti and also her mum to Seminar Rahsia Mencari Jodoh at Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor atau lebih dikenali dengan KUIS. Hehe. Program start at 8.40 pm tak silap. Okay semangat ya kekawan. Hehe. Mana tak nya, saya siap change offday lagi tauu. Just want to share, banyak input yang saya dapat thru that seminar. Yang paling best, of cus la speaker untuk seminar tu kan. Dato' Dr Fadzilah Kamsah and Ustaz Don Daniyal. Untuk next entry InsyaAllah saya akan share ye ilmu yang saya dapat. Tak janji blla. Bila free taw! Hehe. 

Okay la, have work to do. See u alls! Muahh :*

Sekian.

P/S: I miss my girl! Ogy, Shira, Fana, Sila and Hany! :(

Thank you for reading ( :

Friday, November 23, 2012

Wordless Friday :)

Assalamualaikum w.b.t

Hai sume. Sumpah rindu korang. Last update masa Raya tak silap! So longggg time kan. Hum. Actually even saya tak update pape pun dalam blog saya ni, saya tetap rajin blog-walking taw! Haha. Tak caye takpe. Yang penting sure i miss u alls :(

Buat pertama kalinya saya update semasa saya berada di tempat kerja yang baru bersama pc baru, kawan-kawan baru and everything yang baru la. Actually tak baru pun sebab dah dua bulan dah. Ohh means dah dua bulan lebih la saya tak update blog saya ni kan kan. Humm T_T

Okay la, just for sharing, my life now is currently different than before. And i'm totally dislike! Err. You know what, even im back to own hometown, but its so different. I means the people. Err. Whatever! But, saya tetap dengan my own prinsip. Ohh ya, I am I. So if you can't accept what I do just talk to me. I don't like people yang suke cakap-cakap belakang ni. Tak gentle terus la. Haha. Yang peliknya kan kebanyakan semua dah besauu, cukup matang, but... Humm, so difficult to explain. It's okay. Layannkan je la memasing punya rentak. Haha. I'm okayy maaa! Haha. But tipu la kalau saya cakap semua mcm tu. Some of them tetap ada yang okay dengan saya. Hye come on, saya bukan buta untuk menilai mana yang okay and tak okay ya! Haha.

For me kan, different place, different people and different lifestyle. It's okay la. Baru la adventure kan kan :) 

Okay la, that all. Sejuk sangat sampai rasa nak tido je sekarang ni. Haha. Kbaaiiii! 




Thank you for reading ( :

Saturday, August 25, 2012

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum.

Hai semua. Lama dah tak update even dah jadi penganggur terhormat ni. Hikhik.
Rasanya tak terlambat lagi untuk wish selamat hari raya kan? Hehe.

Dengan ini saya Nor Azmira binti Azman nak wish selamat hari raya aidilfitri buat semua blogger and kawan-kawan. Semoga raya tahun ini lebih berkat untuk kite semua! Maaf zahir batin jika terdapat sebarang kesalahan. 0-0 laa ye. Mana-mana yang dekat tuh meh laa dtg uma :)

Okay laa, Sekian, terima kasih!

Thank you for reading ( :