Friday, March 22, 2013
Terbukti Kini
Kalau sebelum ini kau cukup aku percaya, dengan sekelip mata, kepercayaan pada kau berubah sama sekali. Sedarkah kau tentang kehidupan kau sebenar? Cukuplah menjadi talam selama ini. Aku tahu siapa aku, aku tahu di mana kekurangan aku, aku sedar, aku manusia biasa seperti orang lain. Punya hati dan perasaan. Sekadar renungan, apakah kau rasa kau punya kelebihan yang terlalu luar biasa? Rasa hormat aku pada kau lenyap sekelip mata. Manusia, manusia. Hari ini kau berjaya menjadi pelakon layan terbaik di depan semua orang, tapi sedarkah kau bahawa hidup ini umpama roda? Sekejap di atas, sekejap di bawah? Jika kau punya segalanya, jika kau rasa kau cukup sempurna, tahniah dariku. Tapi, jika kau rasa kau dah berjaya menjatuhkan aku, aku cukup kesal bertemu dengan kau wahai sahabat. Mungkinkah kau lupa segala apa yang telah terjadi sebelum ini? Mungkin juga kau mudah melupakan tentang perkara lain. Aib, bukan sesuatu untuk dijaja ke sana sini. Tetapi, Alhamdulillah sebab kesedaran telahpun sampai di saat-saat ini. Terima kasih sahabat, terima kasih dunia akhirat kakak!
Thank you for reading ( :
Tuesday, March 19, 2013
Sedarlah diri!
Ini bukan suatu penghinaan, tapi inilah realiti untuk diri kau. Sila pastikan apa yang keluar dari mulut kau, telahpun kau tapis dan lihat sendiri apa yang ada pada diri kau. Manusia, manusia. Kau punya akal dan kau punya minda untuk berfikir. Kau juga mempunyai pengalaman hidup yang lebih lama dari aku. Tapi mengapa kau seperti kanak-kanak? Aku dapat rasakan bahawa kanak-kanak pun boleh berfikir dengan baik jika berbanding diri kau. Cukup-cukuplah menabur fitnah di sana sini. Kita sama-sama manusia. Aku tak cakap aku cukup sempurna, aku juga manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan salah dan silap. Tapi, aku punya hati dan pendirian. Aku tak perlukan pihak lain untuk pertahankan diri aku. Sedarlah!
Thank you for reading ( :
Thursday, March 14, 2013
Yakin!
Jika sebelum ini apa yang aku katakan lahir dari hati, tapi ternyata sikapku untuk mengalah itu suatu kesalahan besar! Ternyata besar! Bukan itu yang patut aku lakukan. Aku yakin. Jika benar aku lakukan, maka aku tewas! Tewas dengan syaitan-syaitan ini.
Maka dengan ini, aku menarik segala apa yang aku katakan. Dan jika benar aku lakukan perkara itu suatu masa nanti, akan ku pastikan ianya bukan kerana dalam keadaan yang sama. Tapi pabila seruku sudah tiba.
:)
Thank you for reading ( :
Maka dengan ini, aku menarik segala apa yang aku katakan. Dan jika benar aku lakukan perkara itu suatu masa nanti, akan ku pastikan ianya bukan kerana dalam keadaan yang sama. Tapi pabila seruku sudah tiba.
:)
Monday, March 11, 2013
Hukum
Jika ini hukuman dari apa yang aku sanggup tanggung, aku redha. Tapi kekuatan yang aku ada tak cukup banyak. Cukuplah setakat ini. Bukan mengalah sebelum masa, tapi aku tidak mampu lagi untuk bertahan. Aku juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan seperti kalian. Salahkah apa yang aku lakukan? Ia tanggungjawab yang telah diamanahkan untuk ku. Apalah erti nya jika aku sekadar mendiamkan diri? Sekeping hati yang ku miliki bukanlah terlalu utuh dengan segala penghinaan dan cacian.
Buat kalian, jika kalian rasa sudah puas dengan apa yang berlaku, ucapan tahniah dariku. Ingatlah, apa yang berlaku padaku, mungkin suatu kemenangan besar buat kalian. Tapi, Tuhan tetap ada. Aku bukan seorang yang kuat. Aku lemah hakikatnya. Aku bukan yang terbaik. Aku jahil hakikatnya. Terima kasih kerana menyedarkan aku.
Di sini, kenangan paling pahit telah ku tempuh. Aku menyerah bukan aku mengalah, aku pasrah kerana kekuatan ku mampu bertahan setakat ini sahaja.

Subscribe to:
Posts (Atom)