Pengakhiran yang tak pernah diduga. Siapa yang mahu?
Pengorbanan yang tiada balasan. Siapa yang pinta?
Tapi, bukan balasan yang diminta. Cukuplah secebis perhatian.
Kala diri ditimpa musibah, hanya pada-Mu Ya Rabb untuk ku hamparkan segalanya.
Aku sedar kekurangan diri ini. Aku sedar aku tidak punya apa apa.
Taktala mereka gembira bersama kehidupan mereka,
Aku pula merangkak mencari sinar baru untuk kehidupanku.
Ya Rabb, sesungguhnya, mampukah aku Ya Rabb?
Dugaan demi dugaan membuatkan aku lebih tabah,
Lebih matang untuk mengharungi hidup ini.
Walaupun hakikatnya, semuanya tak seindah yang diimpikan.
Aku hilang segalanya. Aku hilang punca, hilang arah.
Ya Rabb,
Permudahkanlah urusan ku selepas ini.
Berilah sinar bahagia untukku Ya Rabb.
Amin